Sunday, February 12, 2012

Johor & singapore - Day 1: Johor Premium Outlet

sepatutnya aku cerita pasal trip Makassar dulu.. tapi disebabkan gambar mostly dalam galaxy tab and aku tak reti nak transfer.. maka entah bila la entry Makassar boleh ditulis.. anyone tau tak nak transfer gambar dalam tab (bukan dalam memory card tau) ke dalam laptop selain menggunakan internet connection? RM10 untuk setiap pertolongan yang bernas.. thanks =P


ok kembali pada tajuk.. setahun sekali, geng2 hot babeh wajib mengadakan aktiviti tahunan yakni berkumpul, makan, gosip, update perkembangan terkini and banyak lagi.. why once a year? dah tu si heroinnya belajar kat oversea.. kena la tunggu diorang balik.. baru la kisah reunion ni lengkap.. tahun lepas kitorang just kumpul kat pavilion, BBQ and sleepover satu bilik 10 orang kat rumah mieZ, picnic and main layang-layang kat Taman Layang-layang Kepong.. jadi tahun ni kami improve sikit perjumpaan.. al maklumlah, dah dewasa la katekan.. 


demi mereka, aku sanggup ambil cuti 2 hari.. cuti boleh dicari, tapi kawan? ewahhhhh.. ok kita mulakan.. perjalanan yang sepatutnya start pukul 9 pagi akhirnya bermula jam 10.. kenapa? more than 1 woman in the house.. what do you expect.. hik2.. dah la bila dah gerak jauh sikit baru perasan road tax mati.. singgahla pejabat pos kejap.. pastu bermulalah kerjaya sebagai makcik bas loncat-loncat.. ambek natul kat stesen Petronas Rawang, shefah and shera kat KL Sentral and stesen last, Bangi untuk pick up 2 princess, Madek and Eiqa.. Nasib baik la MieZ and Nadia aku dah pick up malam before.. kalau tak pukul 1 pagi pun belum tentu sampai JB.. ok soalan hari ini.. Berapakah jumlah penumpang dalam bas?


8 wanita dibawah satu bumbung, sikit lagi nak pecah cermin tingkap kereta.. KL - JB non stop cerita.. almaklumlah, setahun sekali baru dapat gather camni.. gelak ketawa jangan cakaplah.. nak terputus nafas aku.. for lunch, kitorg berhenti kat hentian Pagoh if tak salah.. makan lah kat satu kedai ni.. erm tak la sedap sangat but lapar punya pasal.. Licin jugak pinggan sorang2.. ke pinggan aku je?


sepanjang perjalanan, banyak kali jugak la berhenti sebab si Natul ni hobi dia melawat toilet.. takpela.. makcik bas ikutkan aja.. so thats explain, why kitorg lambat betul nak sampai Johor.. hik2..natul, gurau je =P.. ok destinasi kami untuk day 1 ni bukan terus nak ke JB and check in hotel semata-mata.. kami nak singgah ke tempat yang hangat diperkatakan masa kini - Johor Premium Outlet.. best sangat ke sini? after sesat kat dalam kulai itself and bertemu dengan pelbagai jenis orang untuk bertanya jalan, akhirnya selamat jugak tiba pukul 6pm..ni sumanye sebab salah exit.. nak pergi JPO bukan exit Kulai ye kawan2.. exit depan lagi satu..
Pak cik first : "straight, ambil kiri, masuk kanan bla bla roundabout pertama, roundabout kedua straight bla bla.."
kisahnya, tak jumpa pun roundabout kedua ke apa.. so mula la assume ni kot yang pakcik tu maksudkan.. hentam hentam memang tak sampai.. 
Pak Cik second : "you straight belok kiri belok kanan straight.. hentam saja.."
seriously pakcik? hentam saja? hentam saja boleh sampai ye? 


maka setelah melalui pelbagai jenis jalan, airport, hutan bandar, highway.. tibalah kami ke JPO.. before shopping kita sembahyang n doa dulu, mintak nafsu shopping boleh dikawal, kononnya.. 


untung pergi weekdays ni, memang tak ramai orang lansung.. so boleh la pusing puas-puas.. JPO ni kecik je sebenarnya.. and limited je pun brand kat sini..tapi JPO ni cantik.. ade air pancut suma tu.. cantik la jugak design tempat ni.. kalau bergambar memang lawa la.. ok ni few pendapat aku la pasal JPO ni.. yang aku ingat la ye


1. Segala kedai mak nenek designer aku tak masuk.. Coach, Armani, Burberry wutsoeva.. tapi dari luar nampak la 20-30% discount.. tapi aku tak sure harga before discount tu murah dr other outlet ke.. tapi rasanya same je kot


2. Padini, Cotton on, charles & keith and vincci sama je harga.. ni yang sempat aku tengok la.. cardigan yang aku beli kat cotton on One Utama sama je harga dengan kat JPO.. handbag charles & Keith yang aku beli untuk mak pun sama je harga.. tak tau la if korang ada jumpa barang yang murah..




3. brand sukan macam Puma, Adidas and nike pulak aku tak sure lagi murah ke apa but yang aku perasan, design2 kasut dia macam outdated sikit.. yang lama punya.. 




4. Clarks and Skechers pun desing outdated.. lagi2 clarks.. memang la lagi murah but if kat one utama, kasut2 yang dia display tu dah masuk bahagian clearance..


5. La Senza aku tak masuk but rasanya murah sikit..


6. kedai coklat dia pulak, aku rasa cam lagi mahal je..




7. ok Levi's dia aku rasa murah.. sebab natul baru je beli kat one utama harga 200 ke atas.. levi's kat JPO semua tak lebih 200.. so aku beli sehelai.. berbaloi sangat


8. and  yang paling best.. FOSSILLLLLLLL!!!!!!!!!!! sangat murah! beg yang aku suka harga RM700 plus.. kat JPO RM400 je weh!! and wallet pun murah.. memang ingat nak sambar.. tapi budget tak mengizinkan.. even boleh Swipe tapi malas la nak berhutang hanya kerana nafsu.. congrats to diri sendiri











ok setelah puas bershopping, tibalah masa untuk check in hotel.. Kitorg tido kat Golden Leaf Hotel kat area Danga Bay.. hotel ni dekat je dengan Tune Hotel.. oh ye.. even hotel ni dekat dangan Bay tapi aku tak jalan-jalan pun kat situ.. huwaaa.. even takde pape sangat but dah jejak Johor kena la singgah situ kan..anyway hotel ni ok la.. selesa.. tandas bersih.. and most of all, murah.. weekdays, bilik paling besar yang ada 2 katil queen RM98 je.. weekdays and public holidays - RM108.. agak berpuas hati jugak la.. cuma lukisan dinding je macam pelik sikit.. nak baca review boleh tengok kat facebook dia .. oh mind you.. ni budget hotel tau.. if nak selesa berganda pi la duduk hotel mahal sikit.. hotel ni untuk mereka ade komitmen lain contohnya kumpul duit nak kahwin.. ehem..





so after check in and mandi.. sorang lagi member yang memang kat JB ni pun datang join the crowd.. die pun bawak la kitorang dinner kat tepian Tebrau if tak salah.. so dengan menaiki satu kereta, berapa orangkah yang ada dalam kereta untuk malam tersebut?.. tetttt.. 9 orang. so malamnya kitorang pusing-pusing la bandar JB.. survey bas untuk ke Singapore esoknya, survey mana nak parking, tengok pasar karat dari dalam kereta and dinner yeay!




sambil dinner tu kami dihidangkan dengan persembahan busking ke apa nama dia aku pun tak tau la budak2 underground ni.. yang aku tau habis perform datang meja ke meja kutip duit.. cool.. kitorang 9 orang.. sorang singgit.. dah dapat RM9.. nasib baik best-best lagu diorang nyanyi.. boleh nampak orang nyanyi dalam gambar atas ni.. kalau tak nampak pendek umur. hihi..so after setel makan semua kami pun pulanglah ke hotel.. singgah 7eleven bawah Tune hotel jap. nak beli bekal untuk esok kalau2 lapar.. sempat la tengok bapok2 menjual diri kat bawah hotel tu.. 


ok till then for Day 1.. puas hati tulis panjang2.. at least one day bila baca balik, terus la segala mak nenek memori datang balik dalam otak.. =)

Wednesday, February 1, 2012

berakhir sudah januari~

holla.. ketika entry ini ditaip.. jam menunjukkan pukul 11.25pm dan aku masih diofis.. wah tekun gila kerja.. well ni lah rutin aku setiap hujung bulan since 8 bulan lepas.. month end je, get ready to stay at office till midnight.. so dah biase and takde rasa papepun.. so mana2 ibu2 yang ingin cari menantu untuk anak teruna mereka boleh la datang keofis saya setiap hujung bulan ye. cehh padahal sah2 kena rijek dah tau nasib anak terabai lepas kawen kang.. 


today dah hujung bulan jan.. azam2 still tak tercapai satu pun.. haish ape la nak jadi ni.. kadang2 rasa nak give up but come on.. baru satu bulan je.. ada lagi sebelas bulan untuk aku buktikan aku mampu!!! 11 bulan tu kalau diet boleh jadi miranda kerr ok.. so sila bertahan.. anyway Alhamdulillah, permulaan tahun ni agak ok la jugak buat aku.. not this month, but next month InsyaAllah.. salah satu impian aku akan tercapai and aku bersyukur sangat dapat peluang ni.. will blog bout it soon.. taknak cerita sekarang coz selagi tak dapat tarikh.. apa2pun boleh jadi.. kalau jadi, Alhamdulillah.. kalau tak, Allah dah aturkan lebih baik and bolehlah attend wedding membe UTP.. 


sebenarnya nak sangat update pasal trip makassar december lepas.. dah la entry makassar tu tak buat lagi.. aku dah berjalan ke singapore bulan ni.. ni kang aku tak cerita both trip tu cepat2.. kang bertambah pulak lagi satu tempat next month.. haish aku kena la tulis pengalaman2 travel merata ni.. sebab i bet one day ada some memories yang aku lupa so maybe dengan baca balik apa yang aku pernah tulis, aku boleh teringat and terbayang balik.. ye la.. tak semua pun kita boleh ingat selama-lamanya kan.. 


ok la.. till then.. doakan semua berjalan lancar ye.. haa tak payah nak speku sangat la ye.. =P
 

Blog Template by YummyLolly.com