Monday, December 26, 2011

Makassar, Sulawesi Selatan - apa, kenapa, dimana?

bila aku cakap aku nak gi bercuti ke makassar.. ramai orang tanya
"makassar? kat mane tu"
"makassar? best ke? ape ade kat situ?"
"makassar? nape korang nak gi sana? tempat apa?"
well.. reasonnya satu je.. nak hantar maid kitorang aka Kak Ji balik for good.. so after all.. ni bukan percutiaan yang full of fun sangat la.. more tu percutiaan yg penuh dgn air mata *hiperbola*.. before cerita lebih.. let me explain sikit la kat mana letaknya makassar ni.. memandangkan hanya 1/20 orang je tau makassar tu kat mana if aku cerita pasal makassar ni.. 


Based on peta diatas, makassar letaknye dibahagian sulawesi ..kita biasa dengar jakarta which located at Java.. selain tu Medan pun femes and terletak kat sumatera..so kiranya Makassar ni macam ibu kota untuk Sulawesi Selatan.. should be femes jugak la kan but maybe kedudukan dia yang agak jauh dari semenanjung so tak ramai yang familiar.. tapi if kat sabah, mostly semua orang tau makassar tu kat mana sebab orang2 indonesia yang kat sabah tu ramai dari sulawesi.. macam kita kat semenanjung ni, orang2 lombok je banyak kan.. eh




if bandung femes dengan tempat shoppingnya yang murah, jakarta pulak sebab dia ibu negeri, lombok terkenal kerana jejakanya yang kacak, jadi apa yang membuatkan makassar femes.. well nak cakap pun susah.. i guess pulau kot.. sebab mengikut pembacaan aku kat internet, sulawesi ni dulu terkenal dengan tempat2 dive.. paling femes, Manado.. so if korang datang makassar, silalah ke pulau samalona seperti tertera pada gambar diatas.. selain tu yang femes kat makassar is Tanah Toraja (or i should say yang femes kat sulawesi selatan sebab this place located quite far from makassar)..



agak creepy kan this place.. yang bentuk petak kat dinding batu tu adalah kubur, FYI..  Ok baru teringat, tanah toraja is a must place to go if korang datang makassar ni.. hee cakap pandai aku ni kan padahal aku tak pergi pun.. apakah tempat ini? dalam bahasa ringkasnya, tanah toraja adalah tempat dimana penduduk2nya menanam mayat didalam batu2 di dinding gua.. seriously? yes i'm serious.. walaupun kita hidup di zaman moden tetapi kepercayaan ini masih ada.. menurut salah sorang tourist guide kami.. "makin tinggi mayat tu diletakkan, makin mudah jalannya ke syurga".. mengarut? well itu hak kepercayaan agama and bangsa masing2.. tidakkah menarik untuk mengetahui adat and kepercayaan suku kaum lain? wah ilmiah sangat entry aku ni kan..


ok lah.. banyak lagi yang boleh dicerita pasal ni.. akan disambung nanti..malas pulak.. seriuosly menarik tau dapat berjalan merata tempat orang ni.. lagi2 kalau tempat tak femes macam ni.. sebabnya kita ni macam jadi wakil pulak untuk ceritakan pengalaman kita kat orang lain yang maybe tak pernah tau and tertanya2 apa tempat ini.. ewahhhhh cakap macam ada orang baca entry ni je kan.. hehe.. k till then~ 

0 kata2 membina badan~:

 

Blog Template by YummyLolly.com