Monday, December 26, 2011

Makassar, Sulawesi Selatan - apa, kenapa, dimana?

bila aku cakap aku nak gi bercuti ke makassar.. ramai orang tanya
"makassar? kat mane tu"
"makassar? best ke? ape ade kat situ?"
"makassar? nape korang nak gi sana? tempat apa?"
well.. reasonnya satu je.. nak hantar maid kitorang aka Kak Ji balik for good.. so after all.. ni bukan percutiaan yang full of fun sangat la.. more tu percutiaan yg penuh dgn air mata *hiperbola*.. before cerita lebih.. let me explain sikit la kat mana letaknya makassar ni.. memandangkan hanya 1/20 orang je tau makassar tu kat mana if aku cerita pasal makassar ni.. 


Based on peta diatas, makassar letaknye dibahagian sulawesi ..kita biasa dengar jakarta which located at Java.. selain tu Medan pun femes and terletak kat sumatera..so kiranya Makassar ni macam ibu kota untuk Sulawesi Selatan.. should be femes jugak la kan but maybe kedudukan dia yang agak jauh dari semenanjung so tak ramai yang familiar.. tapi if kat sabah, mostly semua orang tau makassar tu kat mana sebab orang2 indonesia yang kat sabah tu ramai dari sulawesi.. macam kita kat semenanjung ni, orang2 lombok je banyak kan.. eh




if bandung femes dengan tempat shoppingnya yang murah, jakarta pulak sebab dia ibu negeri, lombok terkenal kerana jejakanya yang kacak, jadi apa yang membuatkan makassar femes.. well nak cakap pun susah.. i guess pulau kot.. sebab mengikut pembacaan aku kat internet, sulawesi ni dulu terkenal dengan tempat2 dive.. paling femes, Manado.. so if korang datang makassar, silalah ke pulau samalona seperti tertera pada gambar diatas.. selain tu yang femes kat makassar is Tanah Toraja (or i should say yang femes kat sulawesi selatan sebab this place located quite far from makassar)..



agak creepy kan this place.. yang bentuk petak kat dinding batu tu adalah kubur, FYI..  Ok baru teringat, tanah toraja is a must place to go if korang datang makassar ni.. hee cakap pandai aku ni kan padahal aku tak pergi pun.. apakah tempat ini? dalam bahasa ringkasnya, tanah toraja adalah tempat dimana penduduk2nya menanam mayat didalam batu2 di dinding gua.. seriously? yes i'm serious.. walaupun kita hidup di zaman moden tetapi kepercayaan ini masih ada.. menurut salah sorang tourist guide kami.. "makin tinggi mayat tu diletakkan, makin mudah jalannya ke syurga".. mengarut? well itu hak kepercayaan agama and bangsa masing2.. tidakkah menarik untuk mengetahui adat and kepercayaan suku kaum lain? wah ilmiah sangat entry aku ni kan..


ok lah.. banyak lagi yang boleh dicerita pasal ni.. akan disambung nanti..malas pulak.. seriuosly menarik tau dapat berjalan merata tempat orang ni.. lagi2 kalau tempat tak femes macam ni.. sebabnya kita ni macam jadi wakil pulak untuk ceritakan pengalaman kita kat orang lain yang maybe tak pernah tau and tertanya2 apa tempat ini.. ewahhhhh cakap macam ada orang baca entry ni je kan.. hehe.. k till then~ 

Friday, December 23, 2011

jusco rawang akhirnya~

baru je balik from jusco rawang.. finally.. sampai jugak jusco kat rawang yang terperuk ni.. yang lagi best jusco tu kat side rumah aku.. bukan rawang side nak ke tanjung malim tu.. lagi la aku meroyan kegembiraan *over*.. dah la tadi jalan berdua dengan adik yang nurse tu.. sure orang ingat kapel.. erk ntah2 orang ingat mak kot.. ergh T_T


this week will be my boring week la kot.. forever alone kat rumah.. parents and aidid balik kelantan semalam sampai isnin.. aizat pulak kerja this weekend and isnin krismas ni pun.. haish nasib la dapat adik nurse ni kan.. maka silalah lihat kehidupan aku untuk minggu ni..




yeahhhh..nampak tak tu.. penakut punya pasal.. angkut tilam tidur kat bilik tv.. aizat tidur kat ruang tamu.. kalau takut aku panggil je.. "aizat?".. jangan orang lain jawab dah.. kami berdua je dalam rumah ni sampai isnin ni.. camni lah kehidupan malam aku lepas kak ji dihantar pulang ke indonesia.. aku ni memang penakut.. selama ni tidur dengan kak ji pun aku ngendeng dekat2.. ni dia dah tak de terpaksa la tidur kat bilik parents.. ehhhhhhhhh kantoi la plak.. =P


ok back to jusco rawang.. oh my god!!! segala mak nenek food yang aku suka ada kat sini ok.. sushi king, subway, hot n roll, cup bon, shihlin, each a cup, nandos, secret recipe and banyak lagi.. seriously? camne aku nak survive.. err i mean camne diet aku nak survive? pangggggg.. hello nisak.. ko tu kerja kat sebelah one utama pun.. macam la kalau jusco rawang ni bukak ke tak ada beza kan.. ahh tak kisah la.. yang penting.. tadaaaaa


yeay!! tak payah la nak tempuh jem every weekend semata-mata nak bawak adik tengok wayang lepas ni.. jangan kata satu cerita.. nak marathon sepuluh cerita pun boleh je adik-adikku.. fuh tak sabar! oh nak share hasil tangkapan hari ni.. 


my first ever travelog book.. more to come.. Travelog Tarbiah - Noorah

tengah nak mulakan minat baru.. baca travelog.. dah lama sebenarnye surf buku2 bergenre travelog ni.. dah kerja baru berkesempatan nak beli.. yeah.. umur makin meningkat.. berat makin bertambah *oopss*.. maka fikiran pun kenalah ubah sikit.. need to read more book dengan harapan minda dapat diasah menjadi lebih cerdas.. supaya ciri-ciri seorang isteri lebih kukuh.. eh kaitan??? ok saja mengarut bye
 

Blog Template by YummyLolly.com