Thursday, February 17, 2011

ada apa dengan nama~

dah terlambat ke nak tulis entry pasal maulidur rasul? belum kan. so disebabkan blog aku ni berciri ala2 al-laghayan so meh la aku nak tarbiyah sikit diri aku ni..


bangun pagi lepas subuh je terus mandi sebab pukul 8 nak berarak belakang rumah.. excited ok.. last aku berarak maulidur rasul ni rasanya masa sekolah rendah kat sarawak.. 12 years back.. omaigod.. seriously? am i dat old.. belas2 tahun dah since sekolah rendah? gilo T_T.. so after settle some issue dengan maid aku tu, kami memulakan perjalanan kaki ke tapak berhimpun..wah akhirnya after berbulan plan nak jogging.. pada pagi yang mulia ini jugak la hasrat tu tertunai... even 'berjogging' secara berjemaah pun.. lebih diredhai kerana disertai bacaan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..ok malas cerita dah.. tengok gambar je la..




 eh rumah kuning siapa la tu? nak tau rumah siapa? jemput la datang majlis kahwin saya hujung tahun ni. ok tipu






bagus penduduk2 kejiranan aku ni.. ramai yg datang~


ada sorang pakcik ni pakai jubah dengan kain pelikat dan berserban. dia la photographer of the day.. berlari2 sebab nak snap gambar perarakan ni... kelakar tengok.. kejap tengok dia ada kat hujung selekoh, tetiba nampak dia kat atas bukit, pastu tetiba ada kat tengah2 perarakan.. oh dia manusia, fyi..


perarakan berakhir di surau blok kami.. sambil tunggu ustaz jemputan kitorang makan2 dulu n berborak2 rapatkan silaturahim.. nama je jiran tapi sorang2 pun aku tak pernah nampak muka diorang.. tapi muka aku? jeng jeng jeng


makcik : eh makcik macam SELALU tengok awak ni
gadis : eh ye ke makcik.. kat mane ye?
makcik : rasanya time TADARUS KAT SURAU NI tiap mlm ahad tu, kan?


jangan terkejut ye kawan2.. makcik tu berkata benar.. unfortunately, tekaan korang betul, makcik tu silap org T_T.. papepun, agak insaf disitu.. agaknya makcik tu nak menegur aku secara halus.. thanks makcik, insyaAllah lepas ni saya akan join makcik..


mempersembahkan, ustaz Wan Sohor Bani Leman.. hebat la dia ni, baru je nampak muka dia dalam MHI tv3 pukul 7 lebih.. tup tup pukul 9.30 ada kat surau tasik puteri pulak.. dah la kawasan rumah aku ni jauh kedalam dah macam felda.. ok lah.. disebabkan awal entry tadi cakap nak tarbiyah diri sendiri tapi sampai sekarang entry masih takde isi, maka nak share sikit apa yang ustaz wan sohor sampaikan pagi tu.. well apa yang dia cakap tu memang realiti masyarakat MELAYU ZAMAN SEKARANG..


1. orang melayu kita ni kan, kalau pegang kepala je mula la nak marah & melenting.. kang elok2 orang tu pegang ko marah, ditujahnye ko padan muka. eh tu aku cakap, bukan ustaz.. ustaz cakap kat arab, orang arab pegang kepala tanda sayang.. asal bukan berlainan jantina la.. itu bukan tunjuk sayang, tu mintak pelempang.. eh ni aku yg cakap lagi.


2. then pasal nama.. kita ni kan, orang ejek nama kita, kita marah.. padahal yang orang tu sebut bukan nama kita pun.. contohnya ustaz cerita.. Muhammad kan maksud dia yang terpuji.. so orang kafir ni dia nak ejek la Nabi SAW ni.. tapi nak ejek susah sebab nama nabi pun dah maksudnya yang terpuji.. so isteri abu lahab yang konon2 bijak ni bagi la nama muzamman kat nabi.. maksud dia yang tercela.. so diorang kafir ni pakat2 la ejek nabi beramai-ramai.. "muzamman! muzamman!".. tapi Nabi buat dek je.. para sahabat pun hairan n tanye la "kenapa tak marah Ya Muhammad".. n Nabi pun reply "buat apa nak marah.. yang die ejek tu Muzamman.. aku Muhammad so tu bukan aku".. so got it? if orang ejek ko gajah, ko tak payah la terase ye.. diorang maksudkan gajah.. ko tu manusia.. kata nisa kepada diri sendiri..


3. ni isu nama lagi.. orang melayu ni suka bagi nama panjang2.. ada student ustaz ni nama sampai 3 words.. ustaz tanya la, "tak letih ke tulis nama kamu ni".. budak tu jawab "letih la ustaz tapi nak buat macam mana.. dah ayah bagi nama tu"..kesian budak tu.. aku ni memang dari dulu lagi plan.. anak aku nanti nama nak biasa je.. tak payah nama moden..  one word pun takpe asalkan maksudnya elok & bila panggil pun boleh panggil fullname dengan maksud yang elok.. aku yang nama K*airun*isa pun penat nak isi borang tau.. tapi tak leh deny la maksud nama aku sangat baik sampai rase kecewa sebab kenapa aku tak macam nama aku..oh anyway, name penuh tak boleh tulis kat blog sekarang ni sebab zaman resume kesana kemari ni kan.. kang digooglenye nama aku, elok2 dia nak offer bahagian management, tak pasal2 tukar jadi wartawan hiburan..


oklah.. sebenarnye ade lagi tapi cerita next time la.. sebab ni pun dah panjang sangat.. n ustaz ni sangat la best sebab dia selalu tersasar cerita lain.. and believe it or not.. after dengar ceramah agama ni rasa nak dengar ceramah lagi and lagi.. as long as ustaz tu kelakar.. eh boleh plak nak demand bab2 agama ni kan.. makan boleh pulak main bantai je.. ok adios~
 

Blog Template by YummyLolly.com