Monday, December 26, 2011

Makassar, Sulawesi Selatan - apa, kenapa, dimana?

bila aku cakap aku nak gi bercuti ke makassar.. ramai orang tanya
"makassar? kat mane tu"
"makassar? best ke? ape ade kat situ?"
"makassar? nape korang nak gi sana? tempat apa?"
well.. reasonnya satu je.. nak hantar maid kitorang aka Kak Ji balik for good.. so after all.. ni bukan percutiaan yang full of fun sangat la.. more tu percutiaan yg penuh dgn air mata *hiperbola*.. before cerita lebih.. let me explain sikit la kat mana letaknya makassar ni.. memandangkan hanya 1/20 orang je tau makassar tu kat mana if aku cerita pasal makassar ni.. 


Based on peta diatas, makassar letaknye dibahagian sulawesi ..kita biasa dengar jakarta which located at Java.. selain tu Medan pun femes and terletak kat sumatera..so kiranya Makassar ni macam ibu kota untuk Sulawesi Selatan.. should be femes jugak la kan but maybe kedudukan dia yang agak jauh dari semenanjung so tak ramai yang familiar.. tapi if kat sabah, mostly semua orang tau makassar tu kat mana sebab orang2 indonesia yang kat sabah tu ramai dari sulawesi.. macam kita kat semenanjung ni, orang2 lombok je banyak kan.. eh




if bandung femes dengan tempat shoppingnya yang murah, jakarta pulak sebab dia ibu negeri, lombok terkenal kerana jejakanya yang kacak, jadi apa yang membuatkan makassar femes.. well nak cakap pun susah.. i guess pulau kot.. sebab mengikut pembacaan aku kat internet, sulawesi ni dulu terkenal dengan tempat2 dive.. paling femes, Manado.. so if korang datang makassar, silalah ke pulau samalona seperti tertera pada gambar diatas.. selain tu yang femes kat makassar is Tanah Toraja (or i should say yang femes kat sulawesi selatan sebab this place located quite far from makassar)..



agak creepy kan this place.. yang bentuk petak kat dinding batu tu adalah kubur, FYI..  Ok baru teringat, tanah toraja is a must place to go if korang datang makassar ni.. hee cakap pandai aku ni kan padahal aku tak pergi pun.. apakah tempat ini? dalam bahasa ringkasnya, tanah toraja adalah tempat dimana penduduk2nya menanam mayat didalam batu2 di dinding gua.. seriously? yes i'm serious.. walaupun kita hidup di zaman moden tetapi kepercayaan ini masih ada.. menurut salah sorang tourist guide kami.. "makin tinggi mayat tu diletakkan, makin mudah jalannya ke syurga".. mengarut? well itu hak kepercayaan agama and bangsa masing2.. tidakkah menarik untuk mengetahui adat and kepercayaan suku kaum lain? wah ilmiah sangat entry aku ni kan..


ok lah.. banyak lagi yang boleh dicerita pasal ni.. akan disambung nanti..malas pulak.. seriuosly menarik tau dapat berjalan merata tempat orang ni.. lagi2 kalau tempat tak femes macam ni.. sebabnya kita ni macam jadi wakil pulak untuk ceritakan pengalaman kita kat orang lain yang maybe tak pernah tau and tertanya2 apa tempat ini.. ewahhhhh cakap macam ada orang baca entry ni je kan.. hehe.. k till then~ 

Friday, December 23, 2011

jusco rawang akhirnya~

baru je balik from jusco rawang.. finally.. sampai jugak jusco kat rawang yang terperuk ni.. yang lagi best jusco tu kat side rumah aku.. bukan rawang side nak ke tanjung malim tu.. lagi la aku meroyan kegembiraan *over*.. dah la tadi jalan berdua dengan adik yang nurse tu.. sure orang ingat kapel.. erk ntah2 orang ingat mak kot.. ergh T_T


this week will be my boring week la kot.. forever alone kat rumah.. parents and aidid balik kelantan semalam sampai isnin.. aizat pulak kerja this weekend and isnin krismas ni pun.. haish nasib la dapat adik nurse ni kan.. maka silalah lihat kehidupan aku untuk minggu ni..




yeahhhh..nampak tak tu.. penakut punya pasal.. angkut tilam tidur kat bilik tv.. aizat tidur kat ruang tamu.. kalau takut aku panggil je.. "aizat?".. jangan orang lain jawab dah.. kami berdua je dalam rumah ni sampai isnin ni.. camni lah kehidupan malam aku lepas kak ji dihantar pulang ke indonesia.. aku ni memang penakut.. selama ni tidur dengan kak ji pun aku ngendeng dekat2.. ni dia dah tak de terpaksa la tidur kat bilik parents.. ehhhhhhhhh kantoi la plak.. =P


ok back to jusco rawang.. oh my god!!! segala mak nenek food yang aku suka ada kat sini ok.. sushi king, subway, hot n roll, cup bon, shihlin, each a cup, nandos, secret recipe and banyak lagi.. seriously? camne aku nak survive.. err i mean camne diet aku nak survive? pangggggg.. hello nisak.. ko tu kerja kat sebelah one utama pun.. macam la kalau jusco rawang ni bukak ke tak ada beza kan.. ahh tak kisah la.. yang penting.. tadaaaaa


yeay!! tak payah la nak tempuh jem every weekend semata-mata nak bawak adik tengok wayang lepas ni.. jangan kata satu cerita.. nak marathon sepuluh cerita pun boleh je adik-adikku.. fuh tak sabar! oh nak share hasil tangkapan hari ni.. 


my first ever travelog book.. more to come.. Travelog Tarbiah - Noorah

tengah nak mulakan minat baru.. baca travelog.. dah lama sebenarnye surf buku2 bergenre travelog ni.. dah kerja baru berkesempatan nak beli.. yeah.. umur makin meningkat.. berat makin bertambah *oopss*.. maka fikiran pun kenalah ubah sikit.. need to read more book dengan harapan minda dapat diasah menjadi lebih cerdas.. supaya ciri-ciri seorang isteri lebih kukuh.. eh kaitan??? ok saja mengarut bye

Sunday, November 27, 2011

salam Maal Hijrah semua~

pejam celik dah bulan november pun.. and dalam tahun islam pun kite dah masuk tahun baru.. tapi aku pun tak sure ada ke cita2 or azam aku yang dah berjaya untuk tahun lepas.. ke aku tak tetapkan azam lansung.. papepun hope tahun baru ni impian and harapan aku tercapai.. Apakah impiannya? korang pun boleh teka kot.. =)



meh nak admit.. sebenarnya semalam first time aku makan ribs.. ceh badan je gemuk tapi ribs pun tak pernah makan.. kalau tak pernah makan tapi tak susahkan orang takpe.. ni asyik la nak tanya orang lain
 "weh kenyang ke makan ribs? aku tengok macam sikit je? kenyang ke?"
"eh awak makan ribs tak habis? besar sangat ke? kenyang ke? tengok gambar kecik je"
"eh ribs tu sedap ke.. kenyang ke?"
see.. soalan nya mesti akan ada KENYANG KE? seriously memang aku tak dapat bayang la makan ribs boleh kenyang.. jd sebelum orang2 itu fed up dengan soalan aku baik aku try sendiri kan.. lagi2 bila ada org nak belanja sempena early birthday celebration ni.. haruslah aku order yang paling mahal..
thanks jalal kerana merealisasikan impianku.. hik2.. masa mula2 dapat tu terkejut gak aku.. mak oi besarnya.. tapi dalam hati kecil still tertanya2 "kenyang ke aku ni?".. dah la jalal siap cabar if habis memang la aku ni sedara rapat lembu *ok tu aku cakap*.. aku pulak yakin konfem habis cuma tak tau kenyang ke tak.. anyway makan ribs adalah memenatkan.. last2 aku makan guna tangan je.. penat tau jalal snap pics orang kampung makan ribs tapi semua pics takde.. huwaaa.. and jawapan untuk soalan2 aku adalah YES.. SANGAT KENYANGGGGGG


see jangan la salahkan aku if diet aku kelaut.. hobi kami memang makan and minum and makan lg.. T_T

Monday, November 21, 2011

dia datang dahhhhh~

haiyaa.. musim yang mencemburukan dah tiba.. even tak banyak jemputan sebab tak ramai sangat kenalan yang kahwin *kot?* tapi hakikatnye, hujung tahun memang busy dengan majlis2 yang mampu meruntun jiwa pasangan yang telah lama bercinta.. *ayat tak boleh jiwang lagi?*
mok  : tam.. attend membe kawen sana sini tu tak terliur nak kahwin ke?
tam   : no komen
fineeee T_T.. so ahad lepas, akhirnya masa yang ditunggu2 telah tiba.. orang pertama dalam batch aku (SMSS 0105) yang kahwin.. what? after masing-masing berumur 23 tahun baru ada sorang je yang kahwin? personally aku rasa batchmate aku ni lambat sikit kot.. hik2.. nak kate kitorang tak miang.. haiya masing-masing aku tengok lama betul bercinta.. dari form 5 ada.. 3-5 tahun lepas ada.. yang dah 8 tahun pun ada wehhh.. *ehem tuan rumah sila terasa.. tak lupa juga yg kat sydney & japan tu*.. tapi entah la.. masing2 jodoh tak sampai lagi kot.. *alasan standard*


on the way pergi kenduri baru nak balut hadiah.. senonoh sangat kan.. 

kiut je si hannah ni kan.. disebabkan dia orang first maka ke Sepang pun aku sanggup redahi.. nasib baik la aku dah biasa lalu jalan tu ditambah pula daya ingatan terhadap jalal jalan tinggi, berjaya sampai tepat pada masanya even stuck kat kl sentral dekat sejam tunggu orang yang konon dah kat ampang park tak sampai2 even hampir sejam berlalu.. hambek ko shefah.. 

amek berkat ehem2..

mini reunion.. i iz happyyyyyyy... masing2 kerja best2.. suka aku dengar kawan2 yang berjaya ni.. 


on the same day, jalal pun ada attend wedding jugak.. kawan baik dia kot.. haish me n jalal.. 8 years and counting.. tiada perkembangan selain berat badan masing2.. but supprisingly, this time tak rasa tertekan or stress lansung bila ramai tanya bila lagi turn aku.. if tak before this rasa nak ngamuk kat diri sendiri.. kali ni tanya lah seribu kali pun.. saya okkkkkkk jerrrr
tam : mok happy tak tu jumpa membe2..
nisa mok : happppyyyyy sangat tau! tam? hepi tak.. jumpa ramai2 tu
tam : tak.. sebab awak xde =(
erk~.. kalau camni korang save any date la ye next year.. hehehehehehe

Thursday, November 3, 2011

hitam2 si bamboo charcoal~

kalau korang nampak roti hitam macam arang, teringin tak nak rasa?.. jangan main2 oi.. soalan killer ni.. tak pernah tengok? macam ni haa

pics from google image

nampak yummy kan.. haha.. ada la satu kedai roti kat one utama ni.. banyak tau roti hitam ni dia jual.. macam2 jenis *tiga je padahal*.. ada yang memang sebijik macam arang dah.. tapi ada la yang macam donut and macam roti sandwich biasa.. first time tengok dah tau ni mesti penuh dengan kebaikan.. ewah ko.. ye la.. tengok je la rupa ni haa.. nampak macam ubat pun ye.. makanan organik pun ye.. yang membe2 aku ni.. tengok2 je terus cakap "eee tak teringin lansung roti ni".. "pelik gila kaler hitam legam, ada ke orang yang nak makan".. well jawapannya, ada.. and akulah orangnya..

this is how the bamboo charcoal sandwich bread look like.. maybe akan jadi roti ruji aku dipagi hari.. hehe

yang ni memang sebijik mcm arang kan.. bamboo charcoal mochi.. rupanya memang agak err.. but somehow.. aku teringin gak nak rase.. yes aku pelik, i know.. 


masa first time aku tengok roti2 ni.. keinginan untuk rasa membuak2.. lagi2 bila roti tu agak selling fast.. sebab selalu tinggal sikit and kadang2 sold out.. so akhirnya, setelah banyak kali tengok and berkeinginan, berjaya jugak aku beli..
presentingggggggggggg...... bamboo charcoal doughnut!



rasanya? sama je macam roti biasa.. maybe tawar sikit but tak pelik pun rasa dia..seriously.. and bagi aku.. sedap je.. and member yang konon tak teringin masa first time tengok tu pun cakap sedap je.. huhu.. fuh! puas hati.. memang boleh beli lagi lepas ni.. lagi2 bila baca kebaikan dia.. nak tau apa?
  • high mineral content such as calcium, potassium, sodium and iron
  • generates negative ions that will put people in a better frame of mind
  • Promote metabolism and blood circulation
  • making your skin smooth.
  • source of carbohydrate, vegetable fat, protein and vitamin B, which improves blood circulation.
  • absorbs bad odor and toxic substances, and emit negative ion.
see.. memang lepas ni roti itam ni la jadi pilihan hati.. and korang pun? silalah cuba.. seriously takde beza pun dengan roti biasa.. hehe~

Sunday, October 30, 2011

deepavali? saya tak cuti saya ok~

ikutkan hati, nak update blog time weekend je.. ikutkan rasa, time deepavali tu terus nak update.. tapi ikut rasa binasa.. maka terpaksala mengikut hati.. ewah padahal busy tak hengat.. sampai deepavali pun datang kerja T_T


sebenarnya, aku boleh je cuti deepavali tu.. sebab country yang aku jaga yakni Singapore pun cuti.. but kalau aku cuti.. cari nahas namanye..aku malas la nak datang kerja the next day tu dengan perasaan yang sedih sebab terpaksa buat kerja tertangguh.. plus aku pun tak celebrate deepavali.. and aku pun takde suami lagi *kaitan?*.. so sementara available ni baiklah aku fokus kat kerja dulu kan..


even ada orang cakap.. "ala dah cuti tu cuti je la.. ni la time ko nak spend dengan family or rest or etc".. but even aku tak cuti pun, aku sempat je spend masa dengan orang2 tersayang.. see? keputusan bijak untuk datang kerja time cuti.. hik2.. pagi2 gi brekfes dengan family dengan mood ceria.. then off to ofis.. kerja kerja n kerja sambil borak and bergelak ketawa.. pastu dinner dengan kekasih gelap hati.. so hari kerja time cuti aku adalah sangat menggembirakan.. semua dapat =)


so kesimpulan entry ni? nothing.. hik2.. takdela.. just nak share, sementara takde komitmen sangat ni.. if ko kena kerja time cuti pun, takde la teruk and hazab pun sebenarnye.. ok what? working life.. memang camni.. what do you expect kan... hatta masa student pun time weekend berhempas pulas siapkan assignment sampai tak join member jalan2 *bukan aku*.. so sama je la kan.. terima je la apepun dengah penuh kesyukuran.. makin banyak kerja, makin murah rezeki *quote sendiri* 


tapi yang paling best.. claim ot time public holiday masyuk maaaaa... eh? hik2 till then

Sunday, October 23, 2011

trifle trufle whatever~

semenjak usia makin meningkat ni barulah tersedar yang ciri2 seorang isteri masih ditahap rendah, maka haruslah aku cuba mendevelop ciri2 itu semampu yg boleh.. oleh kerana 'pandai memasak = dah boleh kawen' ade lah seperti isi dan kuku, jadi itulah ciri pertama yang harus aku develop.. 


bila masak2 ni yang aku perasan.. i'm not into baking.. aku tak gemar sangat buat kek and biskut.. but if buat dessert aku suka.. and masak lauk pun best jugak.. suka tapi malas.. boleh? so antara kepakaran aku *sila muntah* adalah membuat trifle.. eh jap.. tak layak nak cakap kepakaran sebab bukan la sedap gile but untuk org macam aku ni, itu adalah pencapaian terbesar.. ok dah sila lihat gambar~




wakaka senang gila kan.. so sebenarnye takde la boleh dibanggakan pun.. plus aku takde la serajin mane nak tambah whip cream, buah itu buah ini etc etc.. *tak cukup budget sebenarnye aka kedekut*.. nak rasa? tak payah la.. tengok gambar ni je pun dah tau tahap kesedapannye.. 




haa amacam? terbukti? hik2 till then~

Saturday, October 22, 2011

current life~

ahh lega bila dapat internet balik.. heh padahal kat ofis hari2 bukak fb, blog etc.. tapi bukak je la.. takde makna nak bersosial.. busy teramat.. haish.. hubungan aku n kerja agak susah nak ditafsirkan.. love hate relationship kot.. suka but ada something yang tak kena.. nak cakap tak suka, aku bersyukur sebab kerja ni antara apa yang aku nak and best je.. entah la.. manusia, memang rumit or jarang bersyukur, i guess =P




oh aku juga baru je konvokesyen last week.. oh man cepatnya masa berlalu.. dah seminggu rupanya.. seronok bila jumpe balik kawan2 lama.. seriously memang lupa langsung sekarang dah kerja.. masa dalam hall after dah amik scroll baru tersedar, i'm not a student anymore.. and tetiba sebak.. even aku sebenarnye tak suka belajar.. tapi being a student adalah satu pengalaman terindah.. 




oh ni baru teaser la konon.. gambar nanti dah dapat dari photographer baru nak upload and special post for it.. ewahhh.. bajet artis sangat sampai hire photographer kan.. huhu.. k la.. till then.. weekend je la boleh update blog ke ape.. weekdays busy hazab.. but tak dinafikan.. working life pun amazing!! 

Monday, September 19, 2011

pening day 2~

ya Allah.. kenapa dgn aku ni.. hari ni, dah 2 kali kepala sangat sakit.. even tak sesakit malam semalam but still berat sangat kepala.. kenapa ni.. takde benda yang tension pun.. kerja pun tak banyak hari ni.. and hati pun ok je.. takde sakit ke susah ke ape... what's wrong with me????

hope tomorrow onwards, everything will be fine.. aish jangan la berterusan sakit kepala.. sebab malas nak gi klinik dah.. hik2.. n aku rase.. major reason kepala pening ni sebab pandang screen laptop la.. seriously since minggu raya tu.. aku kerja sampai tengah malam sampai muntah and the next day bila tengok screen laptop terus pening.. and berterusan sampai hari ni.. oh man.. if betul.. aku nak kerja ape lepas ni? penguatkuasa, nurse, tourist guide? oh bestnye.. yes i'm serious

Sunday, September 18, 2011

garang tapi manja =P


huwaa.. banyak nak membebel tapi tak sempat.. bukan tak sempat ape tapi ni migrain punye pasal.. since minggu raya tu boleh kate almost every day sakit kepala.. even sekejap2 tapi memang mematikan mood.. and malam tadi memang super duper sakit kepala la.. sebelah kiri je.. sakit yang tuhan je tau.. doctor cakap migrain but if seminggu lagi berterusan sila datang lg sebab dia nak bg rujukan pakar.. haha ye aku 100% positif yang ni just migrain and takde benda serius pun but kalau boleh memang nak gi cek jugak so that if pape jadi. takde la terlambat dapat kesan kan.. and malam tadi mase tengah2 menahan sakit yg teramat tu boleh pulak terfikir


aku ni garang.. ramai cakap muka menakutkan..
ramai cakap boleh jadi polis..
asal masam sikit je orang takut sebab macam nak marah..
aku tak takut jarum.. berani nak derma darah or kena inject..
if ade pape aktiviti menyakitkan, aku sanggup je join..
aktiviti extreme? haish minat sangat if ade peluang..
haiwan serangga semua takde masalah.. tak takut except ular..
lautan dalam, panjat gunung, bungy jumping, water rafting? on jeee kalau takde aral..


TETAPI...


pantang sakit kepala sikit or tak sedap badan mula la nak menangis.. tu belum demam lagi.. if demam, memang aku menangis macam baby.. sampai parents pun takut ingat sakit sangat.. haha.. macam malam tadi.. menangis2 tahan sakit.. haish ape nak jadi ni..


nak buat macam mana.. after all, aku ni manje sebenarnye.. aww~




Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday~

 

.
.
.
.
.
.
.

Monday, August 22, 2011

hari ahad~


5pm - start menguli, menggaul, menekap doh


12am - "ting!".. oven berbunyi menandakan selesainya upacara menyepahkan dapur oleh si pembuat biskut amatur


7 jam buat sejenis biskut yang tak sampai 100 keping pun T_T
jangan kata takde minat and bakat.. memang dah serik nak buat lagi.. wuuuuu ;'( 
tapi hasilnye Alhamdulillah.. beyond expectation except for bentuk & size yang sama seperti  roda kehidupan

eh2 bukan directly uli atas paper tau.. lapik plastik dulu la of kos =)

Sunday, August 21, 2011

amateur baker~


hai2 semua salam... eee excited tau hari ni.. cuba tengok apa aku beli..




wewiittt.. tak sabar nak tengok hasilnya.. adakah akan menjadi seperti ini?


atau lebih sedap.. wah banyak cantik kan... ok ni first time nak buat biskut yang rumit sikit.. *rumit la sangat*.. before this gune tepung instant.. ok2 fine tak payah nak cakap "eleh aku tiap tahun buat biskut raya tak kecoh pun".. haa memang ko tak patut nak kecoh pun sebab ko dah selalu buat.. eh emo pehal nisak.. well sape makan cili terasa la pedasnye kan kan awak kan .. yes saya tuju kat awak sorang je =P *bawak ngucap la bulan2 ramadhan ni nisak ye.. maafkan je la dia*


actually, antara sebab aku excited sangat ni, sebabnya dalam family asas aku ni, takde sorang wanita pun yang dilahirkan dengan bakat atau minat membaking.. kek ke biskut ke memang tak la.. kalau masak lauk, insyaAllah aku n mak aku rajin.. so this time nak try la mana tau terminat pulak tetiba kan terus la buat bisnes.. eh jangan malu tau nak tempah.. bagitahu je.. insyaAllah tak sakit perut.. at least time raya pertama..

Friday, August 19, 2011

gila bayang~

semalam jumpa satu video ni..  so terus share kat fb sebab suka sangat2..


actually, aku ni bukan la impikan wedding or proposal gempak2 pun sebab if si mamat tu propose pun dah buat aku separa meroyan kegembiraan agaknye.. video ni aku suka sebab flash mob.. i'm a big fan of flash mob.. eh fan for tengok je tau.. not for joining them.. wahaha buruknye if aku menari terkinja2 kan.. nak aerobik pun dah macam kayu balak terapung di lautan deras..

tetapi bila tengok ni, aku tengah cuba membayangkan diri aku dalam diri perempuan ni which is of kos la tak dapat bayangkan kan.. harap badan je same.. tapi ko tak rase macam eh mimpi ke ni.. selama ni tengok flash mob kat tv.. tetibe depan mata ko orang melompat2 menari2.. kalau aku mesti macam "apa niii?. tengah berlakon ke?".. dah la flash mob tu pun just untuk dia.. untuk wedding proposal pulak tu.. kira ni perfect proposal plus wedding la untuk kaum dia.. anyway teringin jugak one day ada pengalaman depan mata flash mob ni.. no no bukan the wedding porposal but flash mob la joyah..  anyway after tunjuk kat adik and jalal video ni.. respon mereka
"apsal laki ni kawen dengan org gemuk, kak isha?"
"eh gemuknye die ni mok.. macam mok.. kawan2 die pun gemuk"
ok fine fine.. aku suruh tengok yang flash mob tu bukan si pompuan tu T_T

haa ni saja nak share perbualan aku n family malam tadi
aizat: aizat tadi banyak kerja. pukul 10 baru makan nasik bla bla bla bla
isha: eh yang mu ni cakap macam jalal ni ape hal.. dengan gaya2 pun dah macam jalal ni
aizat:gapo mu ni.. aku cakap macam biasa la
ummi:ngarut mu ni isha.. padahal dia teringat2 kat jalal sampai aizat pun nampak macam jalal.. parah2

T_T

takkkk ummi.. takkkkk.. isha tak gila bayang... erghhhh

Wednesday, August 17, 2011

iftar @ Big Brother Restaurant & Grill, Kota Damansara

salam ramadhan yang ke 17! wah cepat je kan masa berlalu.. macam baru je ri tu kita start puasa.. sedar2 dah dekat penghujung.. so this will be my first entry untuk food review.. hik2..
Anyway, dengan melihatkan badan yang kurang besar sikit je dari anak gajah tak cukup bulan ni, of kos ramai cakap mesti hebat bab2 makan ni kan.. yeah betul.. makan memang hebat.. sumbat je apa2 masuk mulut.. konfem boleh telan.. tapi untuk mereview.. hahahampeh.. ko tanye aku, jawapannya dua je.. "sedap!" & "okla boleh la telan"..if nak jawapan "tak sedap sampai tak leh makan?" erm yang tu~ *sambil melihat perut*
ok for today.. nak review pasal Big Brother, Kota Damansara.. So semalam, aku and member ofis plan nak bukak pose sesame.. tetapi nak pilih lokasi memang hazabedah.. even ofis sekangkang kera je dengan one Utama yang banyak choice tu tapi come on, nak berbuka kat situ ke.. tak kelas you~ hak2 no lah.. sebenarnye tengok logo OU pun nak muntah *ye la tu*.. hari2 lalu sampai pengawal situ pun boleh pencen dengan tahap penghafalan aku dengan kedai2 dalam ou ni *konon*.. so after googling, planning, eliminating.. tadaaa... here we go!

cdt to here

pemangsa


mangsa rakusan *mine - carbonara.. sedap weiiii*

kelas kau.. bukan takat kurma ngan air sirap je.. free kuih talam dua seri muka.. sedap~

overall.. ok la food kat sini.. ko tanya aku,jawapannya "sedap!".. jangan expect aku nak jawab.. "ayam die overcook".. "mash potato tu agak kurang rempah"..  "sayurnye even direbus rasa sangat lain dari yg lain".. "gravy ni kurang  garlic".. "sekali gigitan rasa macam terawang2".. "kesedapannya seperti berlari ditepi pantai".. yang tu maybe ko boleh tanya chef wan.. harga pulak reasonable.. tak mahal sangat.. and portion dia untuk sesetengah food agak banyak lagi2 nasik goreng.. even ko bersize aku pun belum tentu habis *sambil mendelete gambar posing dengan pinggan licin*.. ok thats all for now.. nah sila lah pilih yang mana berkenan dihati.. =P


ps: yang paling penting.. Halal yang definitely halal.. bukan no pork semata2 =)

Monday, August 15, 2011

monday blues~

since dua bulan kerja ni.. sekali pun tak pernah bermonday blues.. sama macam hari2 before, rela je bangun pagi and hepi je nak pergi kerja.. but today T_T, sangat mengantuk and malas nak pergi kerja.. huwaaa~ boleh pulak tu tertidur kat trafik light.. kang tak pasal2 jadi front page metro "gadis mabuk tertidur di trafic light pada bulan ramadhan".. dah la gaya pun macam ting tong dah ni~


"muke ko ni macam bos pompuan garang kat jabatan kerajaan.. sesuai sgt.." kata teman seopis
 aminnnnnnnnnnnn semoga masin mulut for jabatan kerajaan.. not for bos pompuan garang ye~

papepun, i really love my job. Alhamdulillah~

Monday, June 6, 2011

untuk cik Aliah~

amboi nisak.. dah ade orang komen baru la sibuk nak update kan.. anyway thanks cik Aliah kerana membuatkan saya berasa terharu.. isk2.. sebenarnye lama dah nak update tapi everytime nak taip.. hilang idea.. disebabkan dah lama sangat tak update, aku ingat aku dah hilang ALL readers.. rupanya masih ada sorang yang mengharapkan aku update.. thanks kamu~ anyway Aliah ni siapa ye.. adakah member2 terdekat.. penat recall but cant remember any friend nama Aliah.. Sorry sangat2~


ok demi tidak menghampakan cik Aliah.. aku pun nak update la sikit blog childish ni.. After almost 6 bulan menganggur dan melalui detik2 penuh tekanan bila ditanya pasal kerja and kahwin, akhirnya impian untuk mendirikan rumahtangga boleh diteruskan tanpa halangan.. hik2 ok malas dah nak mengarut sekarang.. dah dewasa and bekerjaya la katakan.. hidup pun kena serius.. ewah geli sangat kan..


sebenarnyakan wahai cik Aliah dan other readers kalau ada, akak *eh akak pulak.konon dah dewasa sangat la tu* ada blog lain.. tapi demi menjaga keamanan rumahtangga, aku tak letak pun link blog tu kat sini.. takut nanti ada la makhluk hitam meroyan pulak.. tak pasal2 jadi andartu.. blog lagi satu tu kerap la jugak update *konon*.. seminggu sekali camtu la.. so if nak link blog tu.. do email me - jonieluvjunee@gmail.com.. cewah macam artis la sangat kan.. artis sumo..


and actually, memang la terfikir nak aktifkan blog ni balik.. dulu lagi.. tapi blok Otakku Pkranku ni agak memberi tekanan sikit.. tak tahu lah kenapa.. yang blog lagi satu tu takde pulak.. boleh main update je.. idea sentiasa ada.. blog yang ni nak kena fikir la apa la sebab tu la terabai sampai sekarang.. tetapi aku dah bertekad, lepas ni aku nak update blog ni sama macam blog lagi satu.. tak payah fikir.. tulis je terus.. hik2.. tapi tekad aku ni sama la macam semangat nak diet.. ke laut.. sabar je la~ till then

Thursday, February 17, 2011

ada apa dengan nama~

dah terlambat ke nak tulis entry pasal maulidur rasul? belum kan. so disebabkan blog aku ni berciri ala2 al-laghayan so meh la aku nak tarbiyah sikit diri aku ni..


bangun pagi lepas subuh je terus mandi sebab pukul 8 nak berarak belakang rumah.. excited ok.. last aku berarak maulidur rasul ni rasanya masa sekolah rendah kat sarawak.. 12 years back.. omaigod.. seriously? am i dat old.. belas2 tahun dah since sekolah rendah? gilo T_T.. so after settle some issue dengan maid aku tu, kami memulakan perjalanan kaki ke tapak berhimpun..wah akhirnya after berbulan plan nak jogging.. pada pagi yang mulia ini jugak la hasrat tu tertunai... even 'berjogging' secara berjemaah pun.. lebih diredhai kerana disertai bacaan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..ok malas cerita dah.. tengok gambar je la..




 eh rumah kuning siapa la tu? nak tau rumah siapa? jemput la datang majlis kahwin saya hujung tahun ni. ok tipu






bagus penduduk2 kejiranan aku ni.. ramai yg datang~


ada sorang pakcik ni pakai jubah dengan kain pelikat dan berserban. dia la photographer of the day.. berlari2 sebab nak snap gambar perarakan ni... kelakar tengok.. kejap tengok dia ada kat hujung selekoh, tetiba nampak dia kat atas bukit, pastu tetiba ada kat tengah2 perarakan.. oh dia manusia, fyi..


perarakan berakhir di surau blok kami.. sambil tunggu ustaz jemputan kitorang makan2 dulu n berborak2 rapatkan silaturahim.. nama je jiran tapi sorang2 pun aku tak pernah nampak muka diorang.. tapi muka aku? jeng jeng jeng


makcik : eh makcik macam SELALU tengok awak ni
gadis : eh ye ke makcik.. kat mane ye?
makcik : rasanya time TADARUS KAT SURAU NI tiap mlm ahad tu, kan?


jangan terkejut ye kawan2.. makcik tu berkata benar.. unfortunately, tekaan korang betul, makcik tu silap org T_T.. papepun, agak insaf disitu.. agaknya makcik tu nak menegur aku secara halus.. thanks makcik, insyaAllah lepas ni saya akan join makcik..


mempersembahkan, ustaz Wan Sohor Bani Leman.. hebat la dia ni, baru je nampak muka dia dalam MHI tv3 pukul 7 lebih.. tup tup pukul 9.30 ada kat surau tasik puteri pulak.. dah la kawasan rumah aku ni jauh kedalam dah macam felda.. ok lah.. disebabkan awal entry tadi cakap nak tarbiyah diri sendiri tapi sampai sekarang entry masih takde isi, maka nak share sikit apa yang ustaz wan sohor sampaikan pagi tu.. well apa yang dia cakap tu memang realiti masyarakat MELAYU ZAMAN SEKARANG..


1. orang melayu kita ni kan, kalau pegang kepala je mula la nak marah & melenting.. kang elok2 orang tu pegang ko marah, ditujahnye ko padan muka. eh tu aku cakap, bukan ustaz.. ustaz cakap kat arab, orang arab pegang kepala tanda sayang.. asal bukan berlainan jantina la.. itu bukan tunjuk sayang, tu mintak pelempang.. eh ni aku yg cakap lagi.


2. then pasal nama.. kita ni kan, orang ejek nama kita, kita marah.. padahal yang orang tu sebut bukan nama kita pun.. contohnya ustaz cerita.. Muhammad kan maksud dia yang terpuji.. so orang kafir ni dia nak ejek la Nabi SAW ni.. tapi nak ejek susah sebab nama nabi pun dah maksudnya yang terpuji.. so isteri abu lahab yang konon2 bijak ni bagi la nama muzamman kat nabi.. maksud dia yang tercela.. so diorang kafir ni pakat2 la ejek nabi beramai-ramai.. "muzamman! muzamman!".. tapi Nabi buat dek je.. para sahabat pun hairan n tanye la "kenapa tak marah Ya Muhammad".. n Nabi pun reply "buat apa nak marah.. yang die ejek tu Muzamman.. aku Muhammad so tu bukan aku".. so got it? if orang ejek ko gajah, ko tak payah la terase ye.. diorang maksudkan gajah.. ko tu manusia.. kata nisa kepada diri sendiri..


3. ni isu nama lagi.. orang melayu ni suka bagi nama panjang2.. ada student ustaz ni nama sampai 3 words.. ustaz tanya la, "tak letih ke tulis nama kamu ni".. budak tu jawab "letih la ustaz tapi nak buat macam mana.. dah ayah bagi nama tu"..kesian budak tu.. aku ni memang dari dulu lagi plan.. anak aku nanti nama nak biasa je.. tak payah nama moden..  one word pun takpe asalkan maksudnya elok & bila panggil pun boleh panggil fullname dengan maksud yang elok.. aku yang nama K*airun*isa pun penat nak isi borang tau.. tapi tak leh deny la maksud nama aku sangat baik sampai rase kecewa sebab kenapa aku tak macam nama aku..oh anyway, name penuh tak boleh tulis kat blog sekarang ni sebab zaman resume kesana kemari ni kan.. kang digooglenye nama aku, elok2 dia nak offer bahagian management, tak pasal2 tukar jadi wartawan hiburan..


oklah.. sebenarnye ade lagi tapi cerita next time la.. sebab ni pun dah panjang sangat.. n ustaz ni sangat la best sebab dia selalu tersasar cerita lain.. and believe it or not.. after dengar ceramah agama ni rasa nak dengar ceramah lagi and lagi.. as long as ustaz tu kelakar.. eh boleh plak nak demand bab2 agama ni kan.. makan boleh pulak main bantai je.. ok adios~
 

Blog Template by YummyLolly.com