Wednesday, April 11, 2012

Testing secara rawak




Hai blog. Apa khabar

Sunday, February 12, 2012

Johor & singapore - Day 1: Johor Premium Outlet

sepatutnya aku cerita pasal trip Makassar dulu.. tapi disebabkan gambar mostly dalam galaxy tab and aku tak reti nak transfer.. maka entah bila la entry Makassar boleh ditulis.. anyone tau tak nak transfer gambar dalam tab (bukan dalam memory card tau) ke dalam laptop selain menggunakan internet connection? RM10 untuk setiap pertolongan yang bernas.. thanks =P


ok kembali pada tajuk.. setahun sekali, geng2 hot babeh wajib mengadakan aktiviti tahunan yakni berkumpul, makan, gosip, update perkembangan terkini and banyak lagi.. why once a year? dah tu si heroinnya belajar kat oversea.. kena la tunggu diorang balik.. baru la kisah reunion ni lengkap.. tahun lepas kitorang just kumpul kat pavilion, BBQ and sleepover satu bilik 10 orang kat rumah mieZ, picnic and main layang-layang kat Taman Layang-layang Kepong.. jadi tahun ni kami improve sikit perjumpaan.. al maklumlah, dah dewasa la katekan.. 


demi mereka, aku sanggup ambil cuti 2 hari.. cuti boleh dicari, tapi kawan? ewahhhhh.. ok kita mulakan.. perjalanan yang sepatutnya start pukul 9 pagi akhirnya bermula jam 10.. kenapa? more than 1 woman in the house.. what do you expect.. hik2.. dah la bila dah gerak jauh sikit baru perasan road tax mati.. singgahla pejabat pos kejap.. pastu bermulalah kerjaya sebagai makcik bas loncat-loncat.. ambek natul kat stesen Petronas Rawang, shefah and shera kat KL Sentral and stesen last, Bangi untuk pick up 2 princess, Madek and Eiqa.. Nasib baik la MieZ and Nadia aku dah pick up malam before.. kalau tak pukul 1 pagi pun belum tentu sampai JB.. ok soalan hari ini.. Berapakah jumlah penumpang dalam bas?


8 wanita dibawah satu bumbung, sikit lagi nak pecah cermin tingkap kereta.. KL - JB non stop cerita.. almaklumlah, setahun sekali baru dapat gather camni.. gelak ketawa jangan cakaplah.. nak terputus nafas aku.. for lunch, kitorg berhenti kat hentian Pagoh if tak salah.. makan lah kat satu kedai ni.. erm tak la sedap sangat but lapar punya pasal.. Licin jugak pinggan sorang2.. ke pinggan aku je?


sepanjang perjalanan, banyak kali jugak la berhenti sebab si Natul ni hobi dia melawat toilet.. takpela.. makcik bas ikutkan aja.. so thats explain, why kitorg lambat betul nak sampai Johor.. hik2..natul, gurau je =P.. ok destinasi kami untuk day 1 ni bukan terus nak ke JB and check in hotel semata-mata.. kami nak singgah ke tempat yang hangat diperkatakan masa kini - Johor Premium Outlet.. best sangat ke sini? after sesat kat dalam kulai itself and bertemu dengan pelbagai jenis orang untuk bertanya jalan, akhirnya selamat jugak tiba pukul 6pm..ni sumanye sebab salah exit.. nak pergi JPO bukan exit Kulai ye kawan2.. exit depan lagi satu..
Pak cik first : "straight, ambil kiri, masuk kanan bla bla roundabout pertama, roundabout kedua straight bla bla.."
kisahnya, tak jumpa pun roundabout kedua ke apa.. so mula la assume ni kot yang pakcik tu maksudkan.. hentam hentam memang tak sampai.. 
Pak Cik second : "you straight belok kiri belok kanan straight.. hentam saja.."
seriously pakcik? hentam saja? hentam saja boleh sampai ye? 


maka setelah melalui pelbagai jenis jalan, airport, hutan bandar, highway.. tibalah kami ke JPO.. before shopping kita sembahyang n doa dulu, mintak nafsu shopping boleh dikawal, kononnya.. 


untung pergi weekdays ni, memang tak ramai orang lansung.. so boleh la pusing puas-puas.. JPO ni kecik je sebenarnya.. and limited je pun brand kat sini..tapi JPO ni cantik.. ade air pancut suma tu.. cantik la jugak design tempat ni.. kalau bergambar memang lawa la.. ok ni few pendapat aku la pasal JPO ni.. yang aku ingat la ye


1. Segala kedai mak nenek designer aku tak masuk.. Coach, Armani, Burberry wutsoeva.. tapi dari luar nampak la 20-30% discount.. tapi aku tak sure harga before discount tu murah dr other outlet ke.. tapi rasanya same je kot


2. Padini, Cotton on, charles & keith and vincci sama je harga.. ni yang sempat aku tengok la.. cardigan yang aku beli kat cotton on One Utama sama je harga dengan kat JPO.. handbag charles & Keith yang aku beli untuk mak pun sama je harga.. tak tau la if korang ada jumpa barang yang murah..




3. brand sukan macam Puma, Adidas and nike pulak aku tak sure lagi murah ke apa but yang aku perasan, design2 kasut dia macam outdated sikit.. yang lama punya.. 




4. Clarks and Skechers pun desing outdated.. lagi2 clarks.. memang la lagi murah but if kat one utama, kasut2 yang dia display tu dah masuk bahagian clearance..


5. La Senza aku tak masuk but rasanya murah sikit..


6. kedai coklat dia pulak, aku rasa cam lagi mahal je..




7. ok Levi's dia aku rasa murah.. sebab natul baru je beli kat one utama harga 200 ke atas.. levi's kat JPO semua tak lebih 200.. so aku beli sehelai.. berbaloi sangat


8. and  yang paling best.. FOSSILLLLLLLL!!!!!!!!!!! sangat murah! beg yang aku suka harga RM700 plus.. kat JPO RM400 je weh!! and wallet pun murah.. memang ingat nak sambar.. tapi budget tak mengizinkan.. even boleh Swipe tapi malas la nak berhutang hanya kerana nafsu.. congrats to diri sendiri











ok setelah puas bershopping, tibalah masa untuk check in hotel.. Kitorg tido kat Golden Leaf Hotel kat area Danga Bay.. hotel ni dekat je dengan Tune Hotel.. oh ye.. even hotel ni dekat dangan Bay tapi aku tak jalan-jalan pun kat situ.. huwaaa.. even takde pape sangat but dah jejak Johor kena la singgah situ kan..anyway hotel ni ok la.. selesa.. tandas bersih.. and most of all, murah.. weekdays, bilik paling besar yang ada 2 katil queen RM98 je.. weekdays and public holidays - RM108.. agak berpuas hati jugak la.. cuma lukisan dinding je macam pelik sikit.. nak baca review boleh tengok kat facebook dia .. oh mind you.. ni budget hotel tau.. if nak selesa berganda pi la duduk hotel mahal sikit.. hotel ni untuk mereka ade komitmen lain contohnya kumpul duit nak kahwin.. ehem..





so after check in and mandi.. sorang lagi member yang memang kat JB ni pun datang join the crowd.. die pun bawak la kitorang dinner kat tepian Tebrau if tak salah.. so dengan menaiki satu kereta, berapa orangkah yang ada dalam kereta untuk malam tersebut?.. tetttt.. 9 orang. so malamnya kitorang pusing-pusing la bandar JB.. survey bas untuk ke Singapore esoknya, survey mana nak parking, tengok pasar karat dari dalam kereta and dinner yeay!




sambil dinner tu kami dihidangkan dengan persembahan busking ke apa nama dia aku pun tak tau la budak2 underground ni.. yang aku tau habis perform datang meja ke meja kutip duit.. cool.. kitorang 9 orang.. sorang singgit.. dah dapat RM9.. nasib baik best-best lagu diorang nyanyi.. boleh nampak orang nyanyi dalam gambar atas ni.. kalau tak nampak pendek umur. hihi..so after setel makan semua kami pun pulanglah ke hotel.. singgah 7eleven bawah Tune hotel jap. nak beli bekal untuk esok kalau2 lapar.. sempat la tengok bapok2 menjual diri kat bawah hotel tu.. 


ok till then for Day 1.. puas hati tulis panjang2.. at least one day bila baca balik, terus la segala mak nenek memori datang balik dalam otak.. =)

Wednesday, February 1, 2012

berakhir sudah januari~

holla.. ketika entry ini ditaip.. jam menunjukkan pukul 11.25pm dan aku masih diofis.. wah tekun gila kerja.. well ni lah rutin aku setiap hujung bulan since 8 bulan lepas.. month end je, get ready to stay at office till midnight.. so dah biase and takde rasa papepun.. so mana2 ibu2 yang ingin cari menantu untuk anak teruna mereka boleh la datang keofis saya setiap hujung bulan ye. cehh padahal sah2 kena rijek dah tau nasib anak terabai lepas kawen kang.. 


today dah hujung bulan jan.. azam2 still tak tercapai satu pun.. haish ape la nak jadi ni.. kadang2 rasa nak give up but come on.. baru satu bulan je.. ada lagi sebelas bulan untuk aku buktikan aku mampu!!! 11 bulan tu kalau diet boleh jadi miranda kerr ok.. so sila bertahan.. anyway Alhamdulillah, permulaan tahun ni agak ok la jugak buat aku.. not this month, but next month InsyaAllah.. salah satu impian aku akan tercapai and aku bersyukur sangat dapat peluang ni.. will blog bout it soon.. taknak cerita sekarang coz selagi tak dapat tarikh.. apa2pun boleh jadi.. kalau jadi, Alhamdulillah.. kalau tak, Allah dah aturkan lebih baik and bolehlah attend wedding membe UTP.. 


sebenarnya nak sangat update pasal trip makassar december lepas.. dah la entry makassar tu tak buat lagi.. aku dah berjalan ke singapore bulan ni.. ni kang aku tak cerita both trip tu cepat2.. kang bertambah pulak lagi satu tempat next month.. haish aku kena la tulis pengalaman2 travel merata ni.. sebab i bet one day ada some memories yang aku lupa so maybe dengan baca balik apa yang aku pernah tulis, aku boleh teringat and terbayang balik.. ye la.. tak semua pun kita boleh ingat selama-lamanya kan.. 


ok la.. till then.. doakan semua berjalan lancar ye.. haa tak payah nak speku sangat la ye.. =P

Thursday, January 5, 2012

tahun baru dan azamnya~

haish.. baru la ade ruang untuk bernafas and bersosial sikit.. tu pun sebab kena tinggal dengan membe time lunch.. malas la nak kejar.. boleh la diet sikit *konon*.. anyway happy new year.. haha wish pun cam tak ikhlas.. starting new year aku tak indah sangat.. tapi sebab antara azam new year nak jadi lebih baik and tabah.. maka mampu senyum je la..

disebabkan takde mood, maka nak listkan azam tahun baru.. aku tengok kat fb ada la ngomel2 secara public "maal hijrah korang tak sambut, new year kemain?".. amboi ko.. mane ko tau tak sambut? diorang kena bagitahu ko ke malam2 baca yassin, sembahyang sunat wutsoeva.. tipikal betul manusia macam ni.. ooopppssss.. lupe pulak azam nak jadi lebih baik so dah la malas komen.. tak baik.. hik2

so my list for this year

1. be a better person *duh.. tipikal nye azam* heh.. but seriously nak jadi better person disisi Tuhan.. nak berubah.. sikit2.. teringat pulak baca kat fb, ade this one girl tulis
'Jangan pandang hina orang yang tengah lalai, jauh dari agama, siapa tahu, kelak dia balik kpd Islam, dan menjadi lebih elok dari kita. Siapa tahu kita yg sering solat lima waktu di surau masjid, bagaimana akhir usia kita?

Jangan pandang hina orang yg bergelumang dgn maksiat. Ajaklah mereka mengenal Islam dgn lebih dekat.'
cdt to Aishah Amin kot =)

2. bile dah berazam nak dekatkan diri dengan tuhan, takkan la dengan sesama manusia aku still bermulut lancang macam sekarang kan.. tapi tak deny.. susah nak berubah cara percakapan lagi2 dah sebati dengan kita since azali *ewah*.. but i do believe.. cara percakapan kita dipengaruhi oleh kawan2.. kalau dikelilingi kawan2 yang suka mencarut.. automatik kita akan terikut.. but need to berubah! kena! umur makin meningkat tapi cara cakap macam takde akal. seriously sedih

3. nak kurus.. again. tipikal azam.. tak nak komen panjang.. sangat sangat menyedihkan

4. nak make up pergi kerja.. before this aku memang tak make up..time rajin je.. tapi kadang2, agak effect self esteem.. so this year.. malas camne pun aku memang akan pakai eye liner.. oh make up for me is pakai eye liner sikit and lip gloss sikit bagi bibir ade warna sikit je.. cukup

5. dah malas.. bye *menjadi rajin masih belum jadi azam untuk tahun ni.. =P*

Monday, December 26, 2011

Makassar, Sulawesi Selatan - apa, kenapa, dimana?

bila aku cakap aku nak gi bercuti ke makassar.. ramai orang tanya
"makassar? kat mane tu"
"makassar? best ke? ape ade kat situ?"
"makassar? nape korang nak gi sana? tempat apa?"
well.. reasonnya satu je.. nak hantar maid kitorang aka Kak Ji balik for good.. so after all.. ni bukan percutiaan yang full of fun sangat la.. more tu percutiaan yg penuh dgn air mata *hiperbola*.. before cerita lebih.. let me explain sikit la kat mana letaknya makassar ni.. memandangkan hanya 1/20 orang je tau makassar tu kat mana if aku cerita pasal makassar ni.. 


Based on peta diatas, makassar letaknye dibahagian sulawesi ..kita biasa dengar jakarta which located at Java.. selain tu Medan pun femes and terletak kat sumatera..so kiranya Makassar ni macam ibu kota untuk Sulawesi Selatan.. should be femes jugak la kan but maybe kedudukan dia yang agak jauh dari semenanjung so tak ramai yang familiar.. tapi if kat sabah, mostly semua orang tau makassar tu kat mana sebab orang2 indonesia yang kat sabah tu ramai dari sulawesi.. macam kita kat semenanjung ni, orang2 lombok je banyak kan.. eh




if bandung femes dengan tempat shoppingnya yang murah, jakarta pulak sebab dia ibu negeri, lombok terkenal kerana jejakanya yang kacak, jadi apa yang membuatkan makassar femes.. well nak cakap pun susah.. i guess pulau kot.. sebab mengikut pembacaan aku kat internet, sulawesi ni dulu terkenal dengan tempat2 dive.. paling femes, Manado.. so if korang datang makassar, silalah ke pulau samalona seperti tertera pada gambar diatas.. selain tu yang femes kat makassar is Tanah Toraja (or i should say yang femes kat sulawesi selatan sebab this place located quite far from makassar)..



agak creepy kan this place.. yang bentuk petak kat dinding batu tu adalah kubur, FYI..  Ok baru teringat, tanah toraja is a must place to go if korang datang makassar ni.. hee cakap pandai aku ni kan padahal aku tak pergi pun.. apakah tempat ini? dalam bahasa ringkasnya, tanah toraja adalah tempat dimana penduduk2nya menanam mayat didalam batu2 di dinding gua.. seriously? yes i'm serious.. walaupun kita hidup di zaman moden tetapi kepercayaan ini masih ada.. menurut salah sorang tourist guide kami.. "makin tinggi mayat tu diletakkan, makin mudah jalannya ke syurga".. mengarut? well itu hak kepercayaan agama and bangsa masing2.. tidakkah menarik untuk mengetahui adat and kepercayaan suku kaum lain? wah ilmiah sangat entry aku ni kan..


ok lah.. banyak lagi yang boleh dicerita pasal ni.. akan disambung nanti..malas pulak.. seriuosly menarik tau dapat berjalan merata tempat orang ni.. lagi2 kalau tempat tak femes macam ni.. sebabnya kita ni macam jadi wakil pulak untuk ceritakan pengalaman kita kat orang lain yang maybe tak pernah tau and tertanya2 apa tempat ini.. ewahhhhh cakap macam ada orang baca entry ni je kan.. hehe.. k till then~ 

Friday, December 23, 2011

jusco rawang akhirnya~

baru je balik from jusco rawang.. finally.. sampai jugak jusco kat rawang yang terperuk ni.. yang lagi best jusco tu kat side rumah aku.. bukan rawang side nak ke tanjung malim tu.. lagi la aku meroyan kegembiraan *over*.. dah la tadi jalan berdua dengan adik yang nurse tu.. sure orang ingat kapel.. erk ntah2 orang ingat mak kot.. ergh T_T


this week will be my boring week la kot.. forever alone kat rumah.. parents and aidid balik kelantan semalam sampai isnin.. aizat pulak kerja this weekend and isnin krismas ni pun.. haish nasib la dapat adik nurse ni kan.. maka silalah lihat kehidupan aku untuk minggu ni..




yeahhhh..nampak tak tu.. penakut punya pasal.. angkut tilam tidur kat bilik tv.. aizat tidur kat ruang tamu.. kalau takut aku panggil je.. "aizat?".. jangan orang lain jawab dah.. kami berdua je dalam rumah ni sampai isnin ni.. camni lah kehidupan malam aku lepas kak ji dihantar pulang ke indonesia.. aku ni memang penakut.. selama ni tidur dengan kak ji pun aku ngendeng dekat2.. ni dia dah tak de terpaksa la tidur kat bilik parents.. ehhhhhhhhh kantoi la plak.. =P


ok back to jusco rawang.. oh my god!!! segala mak nenek food yang aku suka ada kat sini ok.. sushi king, subway, hot n roll, cup bon, shihlin, each a cup, nandos, secret recipe and banyak lagi.. seriously? camne aku nak survive.. err i mean camne diet aku nak survive? pangggggg.. hello nisak.. ko tu kerja kat sebelah one utama pun.. macam la kalau jusco rawang ni bukak ke tak ada beza kan.. ahh tak kisah la.. yang penting.. tadaaaaa


yeay!! tak payah la nak tempuh jem every weekend semata-mata nak bawak adik tengok wayang lepas ni.. jangan kata satu cerita.. nak marathon sepuluh cerita pun boleh je adik-adikku.. fuh tak sabar! oh nak share hasil tangkapan hari ni.. 


my first ever travelog book.. more to come.. Travelog Tarbiah - Noorah

tengah nak mulakan minat baru.. baca travelog.. dah lama sebenarnye surf buku2 bergenre travelog ni.. dah kerja baru berkesempatan nak beli.. yeah.. umur makin meningkat.. berat makin bertambah *oopss*.. maka fikiran pun kenalah ubah sikit.. need to read more book dengan harapan minda dapat diasah menjadi lebih cerdas.. supaya ciri-ciri seorang isteri lebih kukuh.. eh kaitan??? ok saja mengarut bye

Sunday, November 27, 2011

salam Maal Hijrah semua~

pejam celik dah bulan november pun.. and dalam tahun islam pun kite dah masuk tahun baru.. tapi aku pun tak sure ada ke cita2 or azam aku yang dah berjaya untuk tahun lepas.. ke aku tak tetapkan azam lansung.. papepun hope tahun baru ni impian and harapan aku tercapai.. Apakah impiannya? korang pun boleh teka kot.. =)



meh nak admit.. sebenarnya semalam first time aku makan ribs.. ceh badan je gemuk tapi ribs pun tak pernah makan.. kalau tak pernah makan tapi tak susahkan orang takpe.. ni asyik la nak tanya orang lain
 "weh kenyang ke makan ribs? aku tengok macam sikit je? kenyang ke?"
"eh awak makan ribs tak habis? besar sangat ke? kenyang ke? tengok gambar kecik je"
"eh ribs tu sedap ke.. kenyang ke?"
see.. soalan nya mesti akan ada KENYANG KE? seriously memang aku tak dapat bayang la makan ribs boleh kenyang.. jd sebelum orang2 itu fed up dengan soalan aku baik aku try sendiri kan.. lagi2 bila ada org nak belanja sempena early birthday celebration ni.. haruslah aku order yang paling mahal..
thanks jalal kerana merealisasikan impianku.. hik2.. masa mula2 dapat tu terkejut gak aku.. mak oi besarnya.. tapi dalam hati kecil still tertanya2 "kenyang ke aku ni?".. dah la jalal siap cabar if habis memang la aku ni sedara rapat lembu *ok tu aku cakap*.. aku pulak yakin konfem habis cuma tak tau kenyang ke tak.. anyway makan ribs adalah memenatkan.. last2 aku makan guna tangan je.. penat tau jalal snap pics orang kampung makan ribs tapi semua pics takde.. huwaaa.. and jawapan untuk soalan2 aku adalah YES.. SANGAT KENYANGGGGGG


see jangan la salahkan aku if diet aku kelaut.. hobi kami memang makan and minum and makan lg.. T_T

Monday, November 21, 2011

dia datang dahhhhh~

haiyaa.. musim yang mencemburukan dah tiba.. even tak banyak jemputan sebab tak ramai sangat kenalan yang kahwin *kot?* tapi hakikatnye, hujung tahun memang busy dengan majlis2 yang mampu meruntun jiwa pasangan yang telah lama bercinta.. *ayat tak boleh jiwang lagi?*
mok  : tam.. attend membe kawen sana sini tu tak terliur nak kahwin ke?
tam   : no komen
fineeee T_T.. so ahad lepas, akhirnya masa yang ditunggu2 telah tiba.. orang pertama dalam batch aku (SMSS 0105) yang kahwin.. what? after masing-masing berumur 23 tahun baru ada sorang je yang kahwin? personally aku rasa batchmate aku ni lambat sikit kot.. hik2.. nak kate kitorang tak miang.. haiya masing-masing aku tengok lama betul bercinta.. dari form 5 ada.. 3-5 tahun lepas ada.. yang dah 8 tahun pun ada wehhh.. *ehem tuan rumah sila terasa.. tak lupa juga yg kat sydney & japan tu*.. tapi entah la.. masing2 jodoh tak sampai lagi kot.. *alasan standard*


on the way pergi kenduri baru nak balut hadiah.. senonoh sangat kan.. 

kiut je si hannah ni kan.. disebabkan dia orang first maka ke Sepang pun aku sanggup redahi.. nasib baik la aku dah biasa lalu jalan tu ditambah pula daya ingatan terhadap jalal jalan tinggi, berjaya sampai tepat pada masanya even stuck kat kl sentral dekat sejam tunggu orang yang konon dah kat ampang park tak sampai2 even hampir sejam berlalu.. hambek ko shefah.. 

amek berkat ehem2..

mini reunion.. i iz happyyyyyyy... masing2 kerja best2.. suka aku dengar kawan2 yang berjaya ni.. 


on the same day, jalal pun ada attend wedding jugak.. kawan baik dia kot.. haish me n jalal.. 8 years and counting.. tiada perkembangan selain berat badan masing2.. but supprisingly, this time tak rasa tertekan or stress lansung bila ramai tanya bila lagi turn aku.. if tak before this rasa nak ngamuk kat diri sendiri.. kali ni tanya lah seribu kali pun.. saya okkkkkkk jerrrr
tam : mok happy tak tu jumpa membe2..
nisa mok : happppyyyyy sangat tau! tam? hepi tak.. jumpa ramai2 tu
tam : tak.. sebab awak xde =(
erk~.. kalau camni korang save any date la ye next year.. hehehehehehe

Thursday, November 3, 2011

hitam2 si bamboo charcoal~

kalau korang nampak roti hitam macam arang, teringin tak nak rasa?.. jangan main2 oi.. soalan killer ni.. tak pernah tengok? macam ni haa

pics from google image

nampak yummy kan.. haha.. ada la satu kedai roti kat one utama ni.. banyak tau roti hitam ni dia jual.. macam2 jenis *tiga je padahal*.. ada yang memang sebijik macam arang dah.. tapi ada la yang macam donut and macam roti sandwich biasa.. first time tengok dah tau ni mesti penuh dengan kebaikan.. ewah ko.. ye la.. tengok je la rupa ni haa.. nampak macam ubat pun ye.. makanan organik pun ye.. yang membe2 aku ni.. tengok2 je terus cakap "eee tak teringin lansung roti ni".. "pelik gila kaler hitam legam, ada ke orang yang nak makan".. well jawapannya, ada.. and akulah orangnya..

this is how the bamboo charcoal sandwich bread look like.. maybe akan jadi roti ruji aku dipagi hari.. hehe

yang ni memang sebijik mcm arang kan.. bamboo charcoal mochi.. rupanya memang agak err.. but somehow.. aku teringin gak nak rase.. yes aku pelik, i know.. 


masa first time aku tengok roti2 ni.. keinginan untuk rasa membuak2.. lagi2 bila roti tu agak selling fast.. sebab selalu tinggal sikit and kadang2 sold out.. so akhirnya, setelah banyak kali tengok and berkeinginan, berjaya jugak aku beli..
presentingggggggggggg...... bamboo charcoal doughnut!



rasanya? sama je macam roti biasa.. maybe tawar sikit but tak pelik pun rasa dia..seriously.. and bagi aku.. sedap je.. and member yang konon tak teringin masa first time tengok tu pun cakap sedap je.. huhu.. fuh! puas hati.. memang boleh beli lagi lepas ni.. lagi2 bila baca kebaikan dia.. nak tau apa?
  • high mineral content such as calcium, potassium, sodium and iron
  • generates negative ions that will put people in a better frame of mind
  • Promote metabolism and blood circulation
  • making your skin smooth.
  • source of carbohydrate, vegetable fat, protein and vitamin B, which improves blood circulation.
  • absorbs bad odor and toxic substances, and emit negative ion.
see.. memang lepas ni roti itam ni la jadi pilihan hati.. and korang pun? silalah cuba.. seriously takde beza pun dengan roti biasa.. hehe~

Sunday, October 30, 2011

deepavali? saya tak cuti saya ok~

ikutkan hati, nak update blog time weekend je.. ikutkan rasa, time deepavali tu terus nak update.. tapi ikut rasa binasa.. maka terpaksala mengikut hati.. ewah padahal busy tak hengat.. sampai deepavali pun datang kerja T_T


sebenarnya, aku boleh je cuti deepavali tu.. sebab country yang aku jaga yakni Singapore pun cuti.. but kalau aku cuti.. cari nahas namanye..aku malas la nak datang kerja the next day tu dengan perasaan yang sedih sebab terpaksa buat kerja tertangguh.. plus aku pun tak celebrate deepavali.. and aku pun takde suami lagi *kaitan?*.. so sementara available ni baiklah aku fokus kat kerja dulu kan..


even ada orang cakap.. "ala dah cuti tu cuti je la.. ni la time ko nak spend dengan family or rest or etc".. but even aku tak cuti pun, aku sempat je spend masa dengan orang2 tersayang.. see? keputusan bijak untuk datang kerja time cuti.. hik2.. pagi2 gi brekfes dengan family dengan mood ceria.. then off to ofis.. kerja kerja n kerja sambil borak and bergelak ketawa.. pastu dinner dengan kekasih gelap hati.. so hari kerja time cuti aku adalah sangat menggembirakan.. semua dapat =)


so kesimpulan entry ni? nothing.. hik2.. takdela.. just nak share, sementara takde komitmen sangat ni.. if ko kena kerja time cuti pun, takde la teruk and hazab pun sebenarnye.. ok what? working life.. memang camni.. what do you expect kan... hatta masa student pun time weekend berhempas pulas siapkan assignment sampai tak join member jalan2 *bukan aku*.. so sama je la kan.. terima je la apepun dengah penuh kesyukuran.. makin banyak kerja, makin murah rezeki *quote sendiri* 


tapi yang paling best.. claim ot time public holiday masyuk maaaaa... eh? hik2 till then

Sunday, October 23, 2011

trifle trufle whatever~

semenjak usia makin meningkat ni barulah tersedar yang ciri2 seorang isteri masih ditahap rendah, maka haruslah aku cuba mendevelop ciri2 itu semampu yg boleh.. oleh kerana 'pandai memasak = dah boleh kawen' ade lah seperti isi dan kuku, jadi itulah ciri pertama yang harus aku develop.. 


bila masak2 ni yang aku perasan.. i'm not into baking.. aku tak gemar sangat buat kek and biskut.. but if buat dessert aku suka.. and masak lauk pun best jugak.. suka tapi malas.. boleh? so antara kepakaran aku *sila muntah* adalah membuat trifle.. eh jap.. tak layak nak cakap kepakaran sebab bukan la sedap gile but untuk org macam aku ni, itu adalah pencapaian terbesar.. ok dah sila lihat gambar~




wakaka senang gila kan.. so sebenarnye takde la boleh dibanggakan pun.. plus aku takde la serajin mane nak tambah whip cream, buah itu buah ini etc etc.. *tak cukup budget sebenarnye aka kedekut*.. nak rasa? tak payah la.. tengok gambar ni je pun dah tau tahap kesedapannye.. 




haa amacam? terbukti? hik2 till then~
 

Blog Template by YummyLolly.com